2025-05-15 HaiPress

Kuala Lumpur dan Moscow komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka ruang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik / Foto PMO
MOSCOW,14 Mei - Kuala Lumpur dan Moscow komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka ruang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik.
Ini meliputi bidang perdagangan,pelaburan,pendidikan tinggi,kesihatan,tenaga,pertanian,pelancongan serta pertukaran budaya dan saintifik.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen bersama itu dicapai semasa pertemuan dua hala beliau dengan Perdana Menteri Persekutuan Rusia,Mikhail Mishustin,di Moscow bersama delegasi dari kedua-dua negara.
"Saya menzahirkan penghormatan kepada Perdana Menteri Mishustin atas usaha beliau melaksanakan reformasi institusi di Rusia,yang mana satu pendekatan yang selari dengan agenda reformasi yang sedang digerakkan di Malaysia menerusi dasar Kerajaan MADANI," katanya.
Mengulas lanjut,Datuk Seri Anwar berkata Malaysia menghargai pelbagai mekanisme kerjasama yang telah diwujudkan,termasukSuruhanjaya Bersama Ekonomi,Saintifik,Teknikal dan Kebudayaan (JC-ESTC) yang akan bersidang semula di Langkawi hujung tahun ini.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur