2025-05-16 HaiPress

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil
KEPALA BATAS,16 Mei - Menjelang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025,saingan bagi jawatan Timbalan Presiden berlangsung dalam suasana yang sihat dan matang tanpa sebarang pertelingkahan antara calon.
Menurut Ketua Penerangan PKR,Datuk Fahmi Fadzil,kedua-dua calon yang bertanding iaitu Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar memiliki ketokohan tersendiri serta pendekatan yang berbeza dalam usaha meraih sokongan.
"Kedua-duanya ada teknik dan cara tersendiri untuk mereka menyampaikan pandangan visi mereka kepada perwakilan".
"Ada yang menggunakan statistik,ada yang menggamit memori,berhujah dengan slaid dan membina semangat perjuangan," katanya ketika ditemui media selepas program Jelajah Kita Keadilan Zon Utara di Dewan Tok Mat Yahoo,Kepala Batas,semalam.
Tambah beliau,Presiden Parti turut menyokong agar kedua-dua tokoh tersebut terus memainkan peranan penting dalam parti,terutamanya di peringkat akar umbi selepas pemilihan nanti.
Kongres Nasional PKR 2025,termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita,dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Mei di Johor Bahru.
Hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur