2025-05-16 HaiPress

Muhammad Kamil Abdul Munim / BERNAMA
KAZAN,16 Mei- Lawatan rasmi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Moscow disifatkan berjaya dan mencapai matlamat.
Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar,Muhammad Kamil Abdul Munim berkata,perkara itu terbukti dengan pencapaian ketara dalam usaha memperkukuh hubungan Malaysia-Rusia.
Khususnya dalam sektor pelaburan,teknologi,pendidikan dan industri halal.
Menurut beliau,ia mencerminkan keberanian kepimpinan Malaysia dalam mendepani cabaran geopolitik,demi kepentingan nasional.
Pertemuan dengan Presiden Rusia,Vladimir Putin dan Perdana Menteri Rusia,Mikhail Mishustin berjaya membincangkan pelbagai kerjasama strategik.
Antara hasilnya,cadangan melaksanakan penerbangan terus dari Moscow ke Kuala Lumpur oleh syarikat penerbangan Aeroflot.
Satu langkah penting yang dijangka melonjakkan sektor pelancongan dan perdagangan.
Turut dimuktamadkan,komitmen untuk memeterai lebih banyak Memorandum Persefahaman (MOU) dalam bidang kecerdasan buatan,aeroangkasa,dan pembangunan pendidikan tinggi,selain kerjasama pensijilan halal serta perdagangan makanan.
"Melihat ada potensi yang besar untuk tempoh lima tahun ke hadapan ini.
"Dijangka kalau ini berlaku dengan baik kita boleh menyaksikan antara RM5 hingga RM10 billion jumlah pelaburan untuk perdagangan yang dapat direalisasikan di antara Malaysia dengan Rusia," katanya.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur