2025-05-16 IDOPRESS

Perkemas pengurusan pekerja asing di Malaysia/Foto Bernama
KUALA LUMPUR,15 Mei - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan komitmen Malaysia dalam memastikan tiada manipulasi,eksploitasi atau penipuan pekerjaan terhadap warga Bangladesh di negara ini.
Beliau yang menerima kunjungan hormat Penasihat kepada Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Dr Asif Nazrul hari ini turut berharap kerjasama berterusan daripada pihak Bangladesh agar dapat memastikan perkara ini direalisasikan.
“Pertemuan ini memberi ruang untuk membincangkan secara mendalam isu-isu berkaitan pengurusan pekerja asing dari Bangladesh,yang terkait beberapa perkara dasar dan operasi bagi pengurusan tenaga kerja asing dan juga komitmen utama kerajaan dalam menurunkan kos migrasi,” katanya menerusi catatan di Facebook malam ini.
Saifuddin berkata beliau turut merakamkan ucapan terima kasih daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan kerajaan Bangladesh yang berterusan dalam usaha memperkemaskan pengurusan pekerja asing di Malaysia.
Sementara itu,Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi kenyataan di laman X berkata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong juga membincangkan pelbagai isu penting berkaitan kebajikan dan pengurusan pekerja asing,khususnya dari Bangladesh ketika menerima kunjungan Asif di kementerian itu.
KESUMA memaklumkan kedua-dua pihak turut menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama strategik dalam memastikan ekosistem pekerjaan yang selamat,adil dan menghormati hak pekerja.
“Sim menegaskan komitmen Malaysia untuk terus menjadi destinasi pekerjaan yang beretika,dengan memastikan akses pekerja asing kepada perlindungan sosial,kebajikan dan latihan kemahiran,selaras dengan teras Ihsan,keadilan dan kesejahteraan dalam kerangka Malaysia MADANI,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur