2025-05-19 HaiPress

Ganggu kestabilan rantaian pengeluaran,bekalan global / Bernama
BEIJING,17 Mei - China gesa Amerika Syarikat (AS) segera memperbetul tindakan perlindungan unilateralnya serta menghentikan tekanan tidak wajar terhadap firma teknologi dan industri kecerdasan buatan (AI) China,kata jurucakap Kementerian Luar China pada Jumaat,lapor Xinhua.
Menurut laporan,Biro Keselamatan Industri Jabatan Perdagangan AS baru-baru ini mengeluarkan pengumuman mengenai penggunaan cip Ascend keluaran Huawei sebagai pelanggaran kawalan eksport AS,serta memberi amaran kepada orang awam mengenai kemungkinan akibat jika menggunakan cip AI AS untuk melatih model AI China.
Sebagai respons,jurucakap Lin Jian dalam taklimat media harian berkata pihak AS telah meluaskan konsep keselamatan negara secara berlebihan dan menyalahgunakan kawalan eksport serta bidang kuasa luar wilayah untuk menyekat dan menekan produk cip serta industri AI China tanpa sebab.
“Tindakan sebegini melanggar peraturan pasaran,mengganggu kestabilan rantaian pengeluaran dan bekalan global,serta mencabuli hak dan kepentingan sah syarikat China," katanya.
“China dengan tegas menentang perkara ini dan tidak akan sesekali menerimanya,” kata beliau.
Lin berkata China akan mengambil langkah tegas untuk melindungi hak pembangunan serta hak dan kepentingan sah syarikat China. -BERNAMA-XINHUA
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur