2025-05-19 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,16 Mei- Pertumbuhan menggalakkan dalam sektor ekonomi utama negara telah memangkin pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025.
Menurut Kementerian Kewangan,kadar itu selari dengan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mengatasi pertumbuhan sebanyak 4.2 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,pada masa yang sama,Kerajaan MADANI akur terdapat risiko penurunan kepada unjuran rasmi pertumbuhan pada 2025 iaitu 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
Ini disebabkan oleh permintaan luaran yang kian menguncup,ketegangan geopolitik yang meningkat dan amalan perlindungan perdagangan yang kian meluas,khususnya pengumuman tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat (AS).
"Kerajaan MADANI akan membuat semakan kepada unjuran KDNK 2025 apabila situasi tarif timbal balik ini menjadi lebih stabil dan terdapat lebih kejelasan.
''Pada masa sama,turut melaksanakan beberapa langkah mitigasi untuk mengukuhkan asas dalaman negara,merangkumi usaha mempertingkatkan pelaburan langsung domestik (DDI),'' katanya menerusi kenyataan.
Kerajaan juga akan meneruskan rundingan perdagangan dua hala dengan AS serta memanfaatkan saluran pelbagai hala seperti Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bagi memastikan persekitaran perdagangan yang adil dan kondusif untuk semua pihak.
Selain itu,memperhebat usaha mempelbagaikan pasaran eksport dan memeterai perjanjian perdagangan baharu untuk meredakan impak daripada ketidaktentuan ekonomi global.
Pelaksanaan agenda reformasi Ekonomi MADANI juga akan dipercepatkan dengan tumpuan kepada kelestarian fiskal negara,memperkukuh nilai rantaian ekonomi negara dan membela kelangsungan rakyat terbanyak melalui jaringan keselamatan sosial serta mencungkil modal insan tempatan.
FELCRA terima dividen RM28.1 juta
Pesawah terjejas banjir digesa daftar segera Skim Takaful Tanaman Padi
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu prestasi pasaran serantau
Banjir di Perlis semakin surut, hanya 331 orang di 4 PPS
Kereta junam ke sungai, tukang masak maut
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur