2025-05-19 IDOPRESS

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG),Datuk Mustaffa Kamal Datuk Shamsudin
JOHOR BAHRU,18 Mei- Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) di Pasir Gudang bakal dirasmikan Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail,pada 24 Mei ini.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG),Datuk Mustaffa Kamal Datuk Shamsudin berkata,projek bernilai RM34 juta itu mula dibangunkan tahun lalu,dan telah dibuka kepada umum secara percuma sejak April lepas.
"Mana mungkin keperluan ekosistem di luar rumah tidak memenuhi keperluan asas anak-anak. Sebab itu,TMIYC diwujudkan,hasil cetusan idea Pemangku Sultan Johor,sebagai tempat riadah dan rekreasi,selain Bukit Layang-Layang",katanya.
TMIYC Pasir Gudang dijangka menjadi hab pembangunan belia yang menyatukan elemen ilmu,interaksi sosial dan aktiviti riadah untuk generasi muda setempat.
Datuk Mustaffa berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara MBPG dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Menara Aqabah,Johor Bahru.
Melalui MoU tersebut,pelan tindakan kolaboratif dirangka meliputi lima bidang utama,termasuk pembangunan kawasan perindustrian eko,masyarakat rendah karbon,masyarakat pintar,kemahiran bakat Pasir Gudang dan pelancongan berasaskan komuniti.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur