2025-05-21 HaiPress

Foto bomba
MERSING,20 Mei- Seorang imam yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing berhampiran Jeti Kampung Semaloi,di sini ditemukan mati lemas,kira-kira pukul 12.00 tengah hari tadi.
Mayat mangsa,Al Hafiz Yunus,45 tahun ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh daripada bot,sejak pukul 2.25 pagi tadi.
Komander Operasi daripada Balai Bompa Dan Penyelamat (BBP) Endau,Pegawai Bomba Kanan Dua,Mohd Supian Yahya berkata,mayat mangsa ditemukan selepas hampir 10 jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
"Operasi disertai seramai 20 orang anggota,termasuk 10 anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) melibatkan dua bot bomba dan enam jentera darat.
"Operasi terpaksa dihentikan sementara pada pukul 3.30 pagi ekoran keadaan gelap,sebelum disambung semula pada pukul 8.00 pagi," kata Mohd Supian.
Mayat mangsa dikenal pasti sebagai seorang imam di sebuah masjid di Pontian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur