2025-05-21 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,19 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin,disokong oleh permintaan terhadap aset selamat berikutan penurunan penarafan kredit Amerika Syarikat (AS),yang mencetuskan semula kebimbangan terhadap kredibiliti fiskal Washington.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management,Stephen Innes berkata pelabur kini beralih kepada aset logam memandangkan risiko kedaulatan AS kembali wujud dan dolar AS menyusut.
Beliau berkata keadaan itu sekali gus mendorong emas sebagai lindung nilai ke atas keraguan yang semakin ketara terhadap kemampanan fiskal jangka masa panjang AS.
Mei 2025 meningkat kepada US$3,247.40 satu auns troy daripada US$3,218.10 pada Jumaat lepas,manakala Jun 2025 naik kepada US$3,261.10 setiap auns troy daripada US$3,232.00.
Julai 2025,Ogos 2025 dan Oktober 2025 masing-masing menokok kepada US$3,274.80 setiap auns troy daripada US$3,245.70 sebelum ini.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 108 lot daripada 283 lot sebelum ini manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 157 kontrak daripada 49 kontrak.
Berdasarkan penetapan harga sebelah petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 16 Mei,emas fizikal berharga US$3,182.95 setiap auns troy.- BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur