2025-05-21 IDOPRESS
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,21 Mei- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan bercampur-campur walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram.
Pada pukul 9.05 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.28 mata atau 0.15 peratus kepada 1,551.15 daripada 1,548.87 di akhir dagangan semalam.
Indeks petunjuk utama itu dibuka 4.07 mata lebih tinggi pada 1,552.94.
Sentimen pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 159 berbanding 121 manakala 224 kaunter tidak berubah,1,914 tidak diniagakan dan tujuh digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 162.30 juta saham bernilai RM69.83 juta.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan FBM KLCI akan meneruskan konsolidasi sementara pelabur menunggu pemangkin baharu daripada pengumuman pelaporan pendapatan syarikat akan datang,susulan keadaan ekonomi global diasak oleh tarif yang mungkin menjejaskan aktiviti ekonomi domestik dan pendapatan syarikat.
"Prospek berhati-hati ini mungkin berterusan sehingga termeterai satu perjanjian perdagangan yang tetap dan saling menguntungkan dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan rakan perdagangan utama,termasuk Malaysia," kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini.
Pada masa sama,HLIB berkata ketidakpastian dasar pentadbiran Presiden AS Donald Trump dan kekaburan berterusan mengenai trajektori kadar Rizab Persekutuan negara maju itu akan terus mempengaruhi sentimen pasaran dan keyakinan perniagaan.
Di peringkat tempatan,saham wajaran tinggi menyaksikan TNB dan IHH Healthcare meningkat empat sen kepada RM14.18 dan RM6.99,CelcomDigi meraih lima sen kepada RM3.93,Hong Leong Bank naik 12.0 sen kepada RM20.02,Press Metal dan Petronas Gas kekal pada RM4.96 dan RM17.72 manakala Maybank dan CIMB jatuh dua sen kepada RM10.02 dan RM4.49.
Bagi saham aktif,Harvest Miracle,Alam Maritim dan Velesto menokok setengah sen kepada 18.5 sen,3.5 sen dan 17 sen,Senheng meningkat 3.5 sen kepada 27.5 sen,West River dan Auro Holdings kekal pada 34.5 sen dan 15 sen dan Sarawak Cable jatuh 4.5 sen kepada 3.5 sen.
Di papan indeks pula,Indeks FBM Emas meraih 12.95 mata kepada 11,579.86,Indeks FBMT 100 naik 12.38 mata kepada 11,329.35,Indeks FBM ACE meningkat 9.60 mata kepada 4,663.14,Indeks FBM Emas Shariah menokok 37.85 mata kepada 11,500.73 dan Indeks FBM 70 menambah 0.99 mata kepada 16,414.36.
Dari segi sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 20.17 mata kepada 18,295.75,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.28 mata kepada 158.18 manakala Indeks Tenaga menokok 3.33 mata kepada 718.10 dan Indeks Perladangan melonjak 75.57 mata kepada 7,356.50.- BERNAMA
Niaga hadapan MSM ditutup tinggi susulan prestasi eksport lebih kukuh
Ringgit dibuka mengukuh susulan prospek ekonomi AS lemah, isu tarif
Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil, sokongan operasi BNM
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur, pada sesi awal dagangan
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pengaruh ekonomi Washington
PEOPLElogy Bhd mula disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur