2025-05-23 IDOPRESS

Foto- RTM
LANGKAWI,23 Mei - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) membuka peluang kerjasama antara industri pertahanan tempatan dan antarabangsa.
Antara syarikat antarabangsa terlibat termasuk Airbus dari United Kingdom,MBDA dari Perancis,Kongsberg dari Norway dan Korea Aerospace Industries.
Raja Muda Perlis,Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah,Domain Pertahanan Daratan walaupun bukan fokus utama LIMA,tetap relevan dalam operasi bersama.
Titah baginda,keupayaan saling kendali antara aset maritim dan aeroangkasa dapat ditingkatkan melalui pameran ini.
Selain itu,LIMA turut menjadi platform memperkenalkan teknologi C4ISRT.
Ia merangkumi Perintah,Kawalan,Komunikasi,Komputer,Perisikan,Pengawasan,Peninjauan dan Penetapan Sasaran,yang berperanan meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia.
Pameran ini juga menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi rakyat melalui sektor pelancongan dan perniagaan tempatan.
Baginda bertitah demikian selepas menyaksikan demonstrasi PASKAL dan melawat dua kapal perang dari Indonesia dan Rusia.
Turut berangkat,Raja Puan Muda Perlis Mejar (Kehormat) Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda.
LIMA dijangka membuka ruang pembangunan baharu dalam industri pertahanan maritim dan aeroangkasa di Langkawi serta kawasan sekitar termasuk Perlis.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur