2025-05-27 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,27 MEI – Malaysia menyatakan komitmen dalam memperkukuh hubungan strategik antara ASEAN dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC),menerusi penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 yang berlangsung di ibu negara hari ini.
Dalam ucapan pembukaan,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia berbangga menjadi tuan rumah dan pengerusi bersama sidang yang menjadi simbol kesungguhan mempererat hubungan antara dua rantau dinamik.
"Adalah suatu keistimewaan yang amat besar bagi Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama dan tuan rumah Sidang Kemuncak ini. Kehadiran anda semua mencerminkan komitmen bersama kita untuk memupuk hubungan yang lebih erat antara kedua-dua rantau serta memperkukuh lagi hubungan strategik kita" katanya.
Beliau turut menekankan bahawa tema Kepengerusian ASEAN 2025,“Keterangkuman dan Kemampanan”,mencerminkan cita-cita pembangunan yang adil,berasaskan rakyat dan berpandangan jauh selari dengan nilai yang dikongsi bersama oleh ASEAN dan GCC.
“Tema Pengerusi ASEAN Malaysia,‘Keterangkuman dan Kemampanan’,mencerminkan aspirasi untuk mencapai pertumbuhan yang saksama,berteraskan rakyat dan berpandangan ke hadapan" katanya lagi.
Menyentuh kerjasama masa hadapan,Perdana Menteri yakin hubungan ASEAN-GCC kini lebih penting dalam menangani cabaran global yang semakin kompleks.
“Saya percaya bahawa kerjasama ASEAN-GCC tidak pernah lebih penting daripada sekarang,ketika kita berhadapan dengan landskap global yang semakin kompleks,yang dipenuhi dengan ketidaktentuan ekonomi dan cabaran geopolitik" ujar Perdana Menteri.
Sidang kemuncak itu turut membincangkan pelaksanaan Rangka Kerja Kerjasama ASEAN-GCC 2024–2028 yang bertujuan memperkukuh kerjasama merentasi tiga tonggak utama politik-keselamatan,ekonomi dan sosiobudaya.
Perdana Menteri kemudiannya merasmikan pembukaan sidang tersebut sebelum menjemput Putera Mahkota Kuwait,Sheikh Sabah Al-Khalid Al-Sabah,selaku Presiden semasa Majlis Tertinggi GCC,untuk menyampaikan ucapan balas.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur