2025-05-28 IDOPRESS

Sentimen perniagaan di Malaysia kekal optimis pada suku kedua 2025 dengan Indikator Keyakinan mencatatkan 2.0 peratus / Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,27 Mei – Sentimen perniagaan di Malaysia kekal optimis pada suku kedua 2025 dengan Indikator Keyakinan mencatatkan 2.0 peratus,menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Walaupun mencatat sedikit penurunan berbanding 3.2 peratus pada suku pertama 2025,angka tersebut tetap menunjukkan keyakinan berterusan dalam kalangan komuniti perniagaan negara.
Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,tiga sektor utama iaitu Perkhidmatan,Pembinaan dan Industri menjangkakan keadaan perniagaan yang stabil pada suku kedua tahun ini.
“Keyakinan dalam sektor Perkhidmatan kekal positif dengan petunjuk keyakinan sebanyak 6.9 peratus,meskipun lebih rendah berbanding 13.5 peratus pada suku sebelumnya,” katanya.
Menurut beliau lagi,sektor Pembinaan turut menunjukkan sentimen yang menggalakkan dengan petunjuk keyakinan 4.6 peratus berbanding 12.5 peratus pada suku pertama 2025.
Sektor Industri pula mencatat peningkatan prospek perniagaan dengan indikator keyakinan meningkat kepada 1.9 peratus berbanding hanya 0.2 peratus pada suku sebelumnya.
Namun begitu,sektor Perdagangan Borong dan Runcit menunjukkan sentimen yang pesimis apabila petunjuk keyakinan merosot kepada 6.7 peratus,berbanding 8.1 peratus pada suku terdahulu,jelas kenyataan itu.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur