2025-05-30 HaiPress

Pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau Negara menyaksikan hampir 1,000 projek diluluskan pada 2024 / Foto fail Bernama
Kuala Lumpur,29 Mei - ASEAN berpotensi menjana pendapatan tambahan AS$300 bilion setahun daripada aktiviti ekonomi hijau.
Menurut Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,sebanyak AS $1.5 trilion nilai baharu juga bersedia untuk dimanfaatkan menjelang 2030melalui pemerkasaan pelaburan hijau dan kerjasama rentas sempadan dalam grid tenaga serantau,pasaran karbon dan insentif tenaga bersih.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Forum Perniagaan ASEAN 2025 di sini hari ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
''Jika tidak dikawal,risiko perubahan iklim boleh menyebabkan kerugian sehingga 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN menjelang tahun 2050.
''Namun,peluang kini sudah tersedia,dengan mempercepat pelaburan dalam projek tenaga boleh baharu serta memperkukuh kerjasama rentas sempadan dalam pembangunan grid kuasa serantau,pasaran karbon,dan insentif tenaga bersih," katanya.
Tambahnya,peralihan tenaga mampan bukan lagi satu pilihan,sebaliknya merupakan keperluan mendesak bagi memastikan daya saing ekonomi serantau kekal relevan dalam landskap global yang semakin mencabar.
Malaysia juga memperlihatkan kemajuan dalam agenda hijau menerusi pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau Negara,yang menyaksikan hampir 1,000 projek diluluskan pada 2024,dengan nilai pelaburan mencecah RM20.8 bilion dan berupaya mewujudkan ribuan pekerjaan di masa depan.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur