2025-05-30 IDOPRESS

FOTO FB Anwar Ibrahim
PENAMPANG,30 Mei- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,menegaskan kepelbagaian kaum dan budaya wajar dirai bersama,seiring semangat perpaduan yang menjadi teras kepada sambutan Pesta Kaamatan.
Menurut beliau,kekayaan budaya yang dimiliki Malaysia bukan sahaja menjadi identiti negara,tetapi juga menjadi jambatan yang menyatukan rakyat pelbagai kaum dan agama.
"Saya boleh sebut 100 perbezaan antara Kaamatan dan sambutan Hari Raya Haji,saya boleh sebut ratusan perbezaan antara Kaamatan dengan Gawai atau Deepavali atau Krismas.
"Tapi saya juga boleh sebut ratusan persamaan. semangat ehsan,kebaikan,kemanusiaan,kepelbagaian dengan semua kaum dan agama di negara kita. Mengapa tidak pilih yang itu? Kepelbagaian itu boleh memperkukuh,kepelbagaian boleh mempersatu,boleh meningkatkan mutu," katanya ketika merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2025 di Hongkod Koisaan KDCA,Penampang.
Beliau turut menekankan bahawa kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan menjadi contoh jelas perpaduan politik yang matang,satu kerjasama yang memastikan suara rakyat terus didengar dan diambil kira dalam menentukan dasar pembangunan nasional.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur