2025-06-03 HaiPress

Foto fail
PENDANG,3 Jun - Beberapa akta tertentu yang relevan dengan penyalahgunaan rokok elektronik (vape) dicadangkan untuk dipinda dan diperkasa bagi membendung aktiviti tersebut daripada terus berleluasa.
Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kedah,Datuk Dr. Zulkifly Mohamad berkata,menyekat aktiviti penjualan vape atau berkaitan dengannya secara menyeluruh juga langkah tepat yang perlu disegerakan.
Katanya,vape kini mula memberikan kesan negatif kepada masyarakat apabila dikesan turut mengandungi dadah sintetik baharu.
""Kesan penggunaan vape,adalah sangat serius. Ia boleh merosakkan saraf otak,bukan sahaja kepada diri kita tetapi juga kepada anak-anak kita. Sesetengah jenis dadah mungkin masih boleh dipulihkan kerana kesannya lebih kepada emosi dan fizikal. Namun,terdapat juga jenis dadah yang boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sistem saraf,dan sukar untuk dipulihkan.
"Jadi,pencegahan awal amat penting,sebelum kerosakan itu berlaku. Inilah yang kami tekankan kepada ibu bapa dan guru-guru,kesedaran dalam kalangan anak-anak amat penting supaya mereka faham risiko besar yang menanti sekiranya mereka mula mengambil dadah atau vape," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Sungai Rambai di Bukit Perak,di sini.
Sebelum ini,Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan tidak akan mengeluarkan lesen baharu atau memperbaharui lesen premis jualan rokok eletronik bermula tahun 2026.
Terdahulu,Terengganu dan Perlis yang telah mengumumkan pengharaman jualan vape di negeri berkenaan bermula Ogos depan.
Manakala Kerajaan Negeri Selangor pada 20 Mei lalu mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menghentikan dan menyita serta-merta sebarang bentuk iklan berkaitan produk rokok elektronik di negeri itu,sama ada di medium fizikal mahupun digital.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur