2025-06-03 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan ucapan sebelum merasmikan pembukaan Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka,hari ini. Foto- BERNAMA
OSAKA,31 Mei — Malaysia telah berjaya meraih potensi pelaburan bernilai lebih RM8 bilion melalui penglibatan aktif di Ekspo 2025 Osaka.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,Malaysia juga telah menandatangani 20 Memorandum Persefahaman.
Jumlah itu mencapai 61.54 peratus daripada sasaran pelaburan sebanyak RM13 bilion.
Ketika berucap merasmikan Majlis Pembukaan Pavilion Malaysia di Osaka,Datuk Seri Fadillah berkata,hubungan antara Malaysia dengan Jepun telah terjalin sejak sekian lama.
Kini,hubungan itu semakin kukuh dan berkembang menjadi kerjasama strategik yang menyeluruh.
Ia bukan sahaja melibatkan aspek ekonomi,malah turut merangkumi penghargaan mendalam terhadap budaya serta komitmen bersama terhadap kestabilan serantau.
Beliau menambah,kerjasama antara kedua-dua negara bermula dalam bidang teknologi dan pendidikan.
Seterusnya,ia berkembang menjadi ikatan yang berteraskan inovasi dan pemahaman bersama.
Ekspo 2025 Osaka yang diadakan setiap lima tahun merupakan platform utama Malaysia untuk menzahirkan aspirasi nasional di peringkat global.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur