2025-06-03 HaiPress

Penawaran perkhidmatan Bank Swasta dan Pengurusan Kekayaan Serantau Hong Leong Bank (HLB) terus diperkukuh menerusi perikatan strategik dengan Lombard Odier
KUALA LUMPUR,3 Jun- Penawaran perkhidmatan Bank Swasta dan Pengurusan Kekayaan Serantau Hong Leong Bank (HLB) terus diperkukuh menerusi perikatan strategik dengan Lombard Odier.
Kerjasama strategik itu menggabungkan kepakaran tempatan HLB dengan perspektif global jangka panjang Lombard Odier,sekali gus menawarkan pengalaman pengurusan kekayaan yang diperibadikan kepada pelanggan.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB,Kevin Lam,sinergi antara kedua-dua institusi ini membuka laluan ke arah pendekatan pengurusan kekayaan yang mampan dan boleh diwarisi merentasi generasi.
"Selain kepakaran pelaburan,pelanggan HLB juga akan menikmati akses kepada seni bina kekayaan yang menyeluruh serta khidmat nasihat yang disesuaikan mengikut matlamat individu mereka termasuk aspek perancangan pewarisan dan pelaburan lestari," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Kerjasama itu amat signifikan dalam memenuhi keperluan pasaran semakin kompleks,khususnya di rantau Asia Pasifik yang menyaksikan pertumbuhan kekayaan pesat dan peningkatan pemindahan aset antara generasi.
HLB turut memperkukuh pembangunan dalaman melalui pelbagai langkah strategik seperti peluasan pasukan pengurusan kekayaan,penubuhan Wealth Academy bagi meningkatkan latihan,serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasakan pengurus hubungan.
Kerjasama itu turut diperluas menerusi Hong Leong Asset Management Bhd (HLAM),dengan Lombard Odier bertindak sebagai pengurus dana sasaran sekali gus memperkayakan lagi penawaran pelaburan kumpulan kepada pelanggan.
Pendekatan berpaksikan tanggungjawab dan inovasi,perikatan tersebut menjanjikan penyelesaian kewangan yang komprehensif,serta membantu pelanggan membina legasi kekayaan berdaya tahan untuk generasi akan datang.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur