2025-06-03 IDOPRESS
Foto Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
LONDON,3 Jun- Kerajaan komited untuk terus memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemacu utama dalam pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi,selaras dengan keperluan industri semakin berkembang.
Menjelang beberapa tahun akan datang,negara dijangka memerlukan lebih 60,000 jurutera bagi memenuhi permintaan sektor strategik,sejajar dengan aspirasi Malaysia menuju status negara berpendapatan tinggi.
Justeru,TVET kini menjadi antara strategi utama untuk membekalkan tenaga mahir dan profesional dalam sektor teknikal.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,lebih 60 peratus daripada kira-kira 15,000 pelajar Malaysia di United Kingdom ketika ini sedang mengikuti pengajian dalam bidang teknikal.
Ia mencerminkan kesiapsiagaan generasi muda untuk memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi khususnya dalam bidang kejuruteraan,teknologi dan inovasi.
"Jadi tumpuannya adalah mendedahkan pelajar-pelajar ini dalam bidang teknikal. Untuk bidang teknikal ini bersesuaian dengan permintaan guna tenaga pasaran di negara kita kerana perkembangan ekonomi yang baik .
"Di negara kita ia disokong melalui belanjawan kerajaan sektor swasta ekonomi. Untuk itu pihak kerajaan sangat komited untuk membantu sector swasta dalam pelbagai bidang kejuruteraan ini bagi tenaga kerja yang berkemahiran didalam bidang teknikal ini dikeluarkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Bersama pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA),di sini.
Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid tahun lalu seramai 436,285 pelajar mengikuti kursus teknikal dan vokasional di lebih 1,400 institusi TVET di seluruh negara.
Sehubungan itu,kerajaan menggalakkan pelajar untuk menyambung pengajian sehingga ke Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 5 setara dengan diploma sebagai laluan terus ke universiti teknikal.
Selain itu,kerjasama strategik turut diperkukuh di peringkat antarabangsa,termasuk dengan negara seperti China,Jepun dan Jerman bagi menawarkan peluang pengajian lanjutan dan pertukaran teknologi kepada pelajar TVET.
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur