2025-06-03 IDOPRESS

FOTO REUTERS
AUSTRIA,1 JUN - Lapan negara OPEC+ sepakat meningkatkan pengeluaran gabungan sebanyak 411,000 tong sehari pada Julai berbanding Jun.
Keputusan itu dibuat berdasarkan unjuran ekonomi global yang stabil serta asas pasaran minyak semasa yang kukuh.
''Keadaan ini membolehkan pelarasan pengeluaran dilakukan secara berhati-hati dan berperingkat,'' menurut OPEC dalam kenyataannya pada Sabtu.
''Selaras dengan keputusan yang dicapai pada 5 Disember 2024,kumpulan tersebut akan memulakan pengembalian pelarasan sukarela sebanyak 2.2 juta tong sehari secara berperingkat,yang dimulakan sejak 1 April lalu.
''Pelarasan pengeluaran sebanyak 411,000 tong sehari pada Julai ini mewakili tiga kenaikan bulanan,'' menurut kumpulan itu.
Lapan negara OPEC+ iaitu Arab Saudi,Rusia,Iraq,Emiriah Arab Bersatu (UAE),Kuwait,Kazakhstan,Algeria dan Oman mengadakan mesyuarat secara maya,bagi menilai keadaan pasaran global semasa serta unjuran masa depan.
Mengulas lanjut,kenaikan pengeluaran tersebut boleh dihentikan sementara atau diubah bergantung keadaan pasaran,bagi memastikan kestabilan pasaran minyak terus terjamin.
Langkah itu juga dilihat sebagai peluang kepada negara-negara terlibat untuk mempercepat proses pampasan mereka.
Kesemua lapan negara turut mengulangi komitmen bersama terhadap Deklarasi Kerjasama,termasuk pelarasan pengeluaran sukarela tambahan yang akan terus dipantau oleh Jawatankuasa Pemantauan Bersama Menteri (JMMC).
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur