2025-06-04 HaiPress

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam sidang media di Putrajaya
PUTRAJAYA,4 Jun - Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan Malaysia-Singapura akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Julai 2025.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata bermula tarikh tersebut,saman bernilai RM300 akan dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan asing yang belum berdaftar dan mengaktifkan VEP.
"Pemilik kenderaan asing yang dikenakan tindakan saman atas sebab tiada VEP yang sah perlu menyelesaikan pembayaran saman sebelum keluar dari Malaysia.
"Bayaran saman perlu dilakukan menerusi kaedah tanpa tunai di kaunter pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),kaunter bergerak JPJ mobil atau menerusi MyEG," jelas beliau dalam sidang media,di sini.
Tambah beliau,pengecualian sementara saman akan diberikan kepada kenderaan persendirian syarikat yang dalam status prapendaftaran VEP.
"Kita masih bagi sedikit kelonggaran sebab kategori ini melibatkan banyak proses. Ia memerlukan banyak dokumen dan sebagainya dan kebanyakan mereka gagal daripada segi prapendaftaran ketika ini. Jadi kita beri mereka sedikit masa lagi untuk menyelesaikan dokumen dan syarat yang diperlukan," kata beliau lagi.
Bagi kenderaan persendirian individu yang belum berdaftar dan dalam status prapendaftaraan VEP serta kenderaan persendirian syarikat yang belum berdaftar VEP,tetap berdepan dengan tindakan saman.
Penguatkuasaan VEP secara penuh dilakukan selari dengan Seksyen 66H(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33).
Pada 1 Oktober 2024,VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuatkuasakan secara berperingkat bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur