2025-06-04 IDOPRESS

Foto hiasan
JASIN,4 Jun- Fasa kedua pengeluaran Beras Melaka akan mula berada di pasaran pada Julai ini di outlet-outlet peruncitan milik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Pengarah FAMA Negeri Melaka,Nor Azhar Abdul Hamid berkata,fasa pertama sebelum ini,sebanyak 4,000 kampit Beras Melaka terjual di pasaran.
"Beras Melaka bergantung kepada musim menuai. Apabila ada penuaian untuk fasa pertama itu dan fasa kedua juga kita menjangkakan dalam lingkungan 4,000 kampit juga.
"Beras Melaka kita telah menjual sebanyak 4,000 kampit sebelum ini. Pada kali ini kita sasarkan pada bulan Julai akan dijual di outlet-outlet peruncitan FAMA," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita padaProgram Jualan Khas Semarak Aidiladha Peringkat Negeri MelakaPasar Tani Jasin di sini.
Penganjuran Program Jualan Khas Semarak Aidiladha Peringkat Negeri Melaka menyasarkan nilai jualan sebanyak RM50,000.
Dalam pada itu,Nor Azhar berkata,jualan Beras Melaka akan dipertingkatkan pada masa akan datang namun bergantung kepada keluasan penanaman padi di negeri ini.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur