2025-06-05 HaiPress

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR,5 Jun– Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meminta orang ramai berwaspada berhubung penipuan pelaburan baharu yang melibatkan laman web klon Daftar Awam Pemegang Lesen dan Individu Berdaftar SC.
Dalam satu kenyataan SC memaklumkan,modus operandi penipuan ini melibatkan laman web palsu yang meniru portal rasmi SC,memaparkan maklumat lesen palsu termasuk nombor pendaftaran dan butiran,kononnya dilesenkan oleh SC.
Penyenaraian palsu termasuk nombor pendaftaran syarikat,butiran lesen dan bukti kelayakan yang direka lain.
"Mangsa kemudian dipujuk untuk memindahkan dana ke dalam akaun bank keldai yang didakwa untuk tujuan pelaburan," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun,sejak kes ini dikesan,SC telah mengambil tindakan untuk menurunkan laman web klon tersebut.
"SC menasihatkan orang ramai agar tidak sekali-kali klik pada pautan daripada sumber yang kurang diyakini," jelas kenyataan itu lagi.
Pelabur diingatkan untuk menggunakan Daftar Awam rasmi SC secara terus di di www.sc.com.my untuk pengesahan entiti.
Jika terdapat sebarang keraguan atau aktiviti pelaburan yang mencurigakan,orang ramai boleh lapor terus kepada SC di talian 03-6204 8999 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur