2025-06-09 HaiPress

Foto ihsan IPK Kluang.
KLUANG,8 Jun – Polis menahan lima warga asing bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut ditikam di ladang sawit New Paloh,Kluang,semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang,ACP Bahrin Mohd Noh berkata,kesemua lelaki Indonesia yang berusia antara 21 hingga 31 tahun itu ditahan sekitar Paloh kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Beliau berkata,pihaknya menerima makluman pada 9.36 pagi semalam berhubung seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom,akibat tikaman di dada kiri.
“Bertindak atas maklumat,sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang dan anggota Balai Polis Paloh menahan lima suspek di sekitar kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata,semakan mendapati kesemua lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing ke atas mereka adalah negatif.
Tambah beliau,kelima-lima suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan punca kejadian masih dalam siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-7766822. – Bernama
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur