2025-06-11 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 Jun- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan pasaran meneruskan pemantauan terhadap rundingan perdagangan selanjutnya antara Amerika Syarikat (AS) dan China di London,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2290/2380 berbanding dolar AS daripada 4.2360/2420 semasa ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) turun naik antara 98.962 dan 99.358 malam tadi memandangkan peniaga dan pelabur terus melakukan pemantauan terhadap perbincangan perdagangan AS-China.
"Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick menyifatkan perbincangan itu berlangsung dengan baik,menandakan kedua-dua negara berpotensi untuk mencapai persetujuan dalam rundingan mereka," katanya kepada Bernama.
Sementara itu,Mohd Afzanizam berkata perbahasan mengenai rang undang-undang “Big,Beautiful Bill” oleh Presiden AS Donald Trump masih diteruskan dalam kalangan Senat AS apabila sebilangan Republikan mendesak agar kredit cukai tenaga bersih dimansuhkan secara berperingkat bagi melindungi pelabur dan pekerjaan daripada gangguan besar.
Beliau berkata kedudukan fiskal AS akan menjadi tumpuan berikutan defisit fiskal dan hutang kerajaan dijangka meningkat.
“Walaupun sentimen pasaran menunjukkan isyarat positif,ini masih terlalu awal. Sehubungan itu,kami menjangkakan kadar pertukaran ringgit-dolar kekal dalam julat antara 4.23 dan 4.24 hari ini,” katanya.
Pada pembukaan,ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9200/9264 daripada 2.9270/9314 pada Selasa dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7121/7243 daripada 5.7152/7233,tetapi rendah sedikit berbanding euro kepada 4.8367/8470 daripada 4.8354/8422 semalam.
Mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang serantau ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2885/2957 daripada 3.2932/2981 semasa ditutup pada Selasa dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9664/13.0040 daripada 12.9712/9955.
Ringgit meningkat sedikit berbanding peso Filipina kepada 7.57/7.59 daripada 7.58/7.60 semalam dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 259.8/260.5 daripada 260.2/260.7 sebelumnya.- BERNAMA
Pengeluaran getah asli susut 37.3 peratus pada April
Laporan integrasi ASEAN dibentang September ini
Firma penyelidikan kekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2025 pada 4.0 peratus
RUU Warga Emas dalam fasa libat urus bersama pihak berkaitan, berkepentingan
Lebih 430,000 permohonan memasuki Program TVET
Tambahan RM50 juta galakkan lepasan TVET dalam keusahawanan berimpak tinggi
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur