2025-06-19 HaiPress

Pengerusi Penganjur IGBC 2025,Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor.
PETALING JAYA,19 Jun - Usaha memperkasa inovasi dalam sektor pembinaan hijau,kelestarian bandar dan berdaya tahan iklim menjadi fokus Persidangan Binaan Hijau Antarabangsa (IGBC) 2025,19 Ogos ini.
Persidangan yang mengetengahkan tema 'Penyesuaian Melalui Inovasi Mampan' itu turut memberi tumpuan terhadap peranan dasar awam dan swasta dalam mempercepatkan peralihan ke arah pembangunan rendah karbon.
Pengerusi Penganjur IGBC 2025,Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor berkata,persidangan juga akan menyentuh isu-isu utama seperti pembiayaan hijau,teknologi rendah karbon,dan integrasi ESG dalam rantaian nilai hartanah.
"Tema persidangan menunjukkan fokus yang tepat pada masanya terhadap cabaran iklim serta peranan kepimpinan Malaysia sebagai Presiden Perhimpunan UN-Habitat bagi tempoh 2025-2029.
"GreenRE dan jawatankuasa penganjur berbangga untuk memainkan peranan sokongan dalam inisiatif hijau dan mampan ini," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi GreenRE berkata,kira-kira 800 perwakilan dari sektor kerajaan,industri dan ahli akademik dari dalam dan luar negara dijangka menghadiri persidangan itu.
IGBC 2025 juga sejajar dengan hala tuju nasional seperti Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon serta matlamat serantau di bawah ASEAN dan UN-Habitat.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur