2025-06-19 IDOPRESS

Perdana Menteri berucap pada Nikkei Forum Medini Johor 2025 di Johor Bahru,hari ini..
JOHOR BAHRU,19 Jun - Penekanan terhadap pembinaan sahsiah dan jati diri pelajar harus turut diutamakan dalam sistem pendidikan negara. Usaha itu juga perlu selari dengan aspek akademik dan penguasaan teknologi.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,pembangunan negara ke arah ekonomi berasaskan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) harus harus berpaksikan kepada nilai kemanusiaan,etika dan budaya.
''Kita tidak melatih semula pelajar kita jika kita tidak memahami dan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang teknologi digital dan kecerdasan buatan.Tetapi bukan itu sahaja,kita mesti berasaskan bahasa kita kesusasteraan kita,budaya kita,tamadun kita pada etika dan moral kita.
"Saya menyatakan bahawa saya tidak akan pernah melepaskan tumpuan atau prinsip dasar yang akan mendorong Malaysia dan memastikan kita bukan sahaja berkembang tetapi cemerlang sebagai sebuah negara penting dari segi teknologi tetapi tidak pernah mengabaikan kepentingan akar budaya kita tamadun kita'',katanya ketika berucap pada Nikkei Forum Medini Johor 2025 di Johor Bahru,hari ini.
Beliau turut menyeru generasi muda terus menimba ilmu dalam bidang baharu tanpa mengorbankan nilai kemanusiaan yang menjadi asas pembinaan negara.
Katanya,ia selari dengan komitmen kerajaan membentuk dasar pembangunan negara yang seimbang antara kemajuan teknologi dan pengukuhan jati diri kebangsaan.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur