2025-06-19 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 Jun - Ketegangan geopolitik antara Iran dan Israel kini memberi kesan langsung terhadap rantaian logistik global.
Termasuk penghantaran komoditi seperti minyak sawit,apabila kos logistik dilaporkan meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding biasa.
Bagaimanapun,Menteri Perladangan dan Komoditi,Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,situasi tegang di Asia Barat itu tidak memberi kesan besar kepada eksport minyak sawit Malaysia secara keseluruhan.
Hal ini kerana pasaran utama negara seperti India,China dan Kesatuan Eropah (EU) tidak terlibat secara langsung dalam konflik tersebut.
“Kelapa sawit Malaysia memang diperlukan,namun perang Israel dan Iran menyebabkan kos logistik meningkat sehingga tiga kali ganda. Ini disebabkan kebanyakkan kapal tidak dapat melalui kawasan itu dan terpaksa mencari pelabuhan yang selamat. Jadi ia sedikit sebanyak menjejaskan eksport negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Dana Hubungan Industri (ILF) 2.0 di sini.
Malaysia merupakan antara pengeksport minyak sawit terbesar dunia dan sentiasa memantau perkembangan semasa global bagi memastikan bekalan kepada pembeli utama kekal lancar serta tidak terjejas oleh faktor luar jangka seperti konflik serantau.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur