2025-06-19 IDOPRESS

Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat,Khairudin Abdul Rahman
KUALA LUMPUR,18 Jun- Bank Rakyat terus memperluas akses pembiayaan peribadi menerusi pelancaran produk terbaharunya,Instacash,yang direka khas untuk golongan pekerja sektor swasta.
Ketua Pegawai Perbankan Runcitnya,Khairudin Abdul Rahman berkata,inisiatif itu dilihat sebagai langkah strategik dalam mendekati segmen pelanggan di luar lingkungan tradisionalnya iaitu sektor awam.
Pihaknya menyasarkan jumlah pembiayaan keseluruhan Instacash mencecah RM240 juta setahun,menjadikannyaantara pemacu utama pertumbuhan segmen runcit bank koperasi tersebut.
"Sambutan terhadap Instacash amat menggalakkan apabila bank mencatatkan pembiayaan hampir RM1.3 juta hanya dalam dua hari pertama pelancarannya,melibatkan 88 permohonan yang diluluskan.
"Melihat kepada momentum semasa,sasaran bulanan RM20 juta atau RM130 juta dalam tempoh enam bulan dijangka dapat dicapai lebih awal daripada jangkaan,” ujarnya dalam sidang media pelancaran.
Berbeza dengan penjawat awam yang memiliki kemudahan potongan gaji automatik melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA),pekerja sektor swasta memerlukan proses penilaian risiko lebih komprehensif.
Justeru,kadar keuntungan yang dikenakan sedikit lebih tinggi,namun masih kompetitif,bermula serendah 7.2% untuk tempoh dua tahun dan 7.70% bagi tempoh pembiayaan tujuh tahun.
Menariknya,permohonan Instacash tidak memerlukan penjamin dan hanya memerlukan penyata i-Akaun KWSP sebagai dokumen utama,yang dilihat lebih sahih dan sukar dimanipulasi berbanding slip gaji atau penyata bank.
Pembiayaan ditawarkan sehingga RM50,000 dengan keputusan kelulusan diketahui dalam masa 24 jam.
Pelanggan juga boleh memohon secara dalam talian melalui platform digital Brick di laman web rasminya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur