2025-06-23 IDOPRESS

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka siap menjelang Disember 2026 - Foto BERNAMA
BEIJING,23 Jun - Insiden kecurian kabel berisiko menjejaskan kemajuan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),yang dijangka siap menjelang Disember 2026.
Kebimbangan itu disuarakan pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) susulan kes kecurian kabel yang sering berlaku di tapak projek berkenaan sejak dua bulan lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL,Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata,kejadian itu mula dikesan sejak pemasangan penuh Sistem Komunikasi,Informasi dan Semboyan (CIS) di Stesen Kota Sas,di Kuantan Pahang.
''Kes kecurian melibatkan beberapa lokasi sepanjang jajaran projek infrastruktur mega itu,terutamanya di Pahang,Terengganu dan Kelantan.
"Tentunya tindakan ini akan merugikan kita secara keseluruhannya,bukan saja meningkatkan kos yang terpaksa ditanggung malah berpotensi melambatkan proses ujian dan pentauliahan jika perkara ini tidak dibendung daripada sekarang," katanya dalam temu bual bersama delegasi media Malaysia di sini.
Delegasi Malaysia berada di Beijing sempena lawatan ke ibu pejabat kontraktor utama bagi projek ECRL,China Communications Construction Company Ltd (CCCC).
Kunjungan turut ke syarikat pengeluar tren ECRL,CRRC Dalian Locomotive & Rolling Stock Co.,Ltd (CRRC Dalian).
Datuk Seri Darwis berkata,MRL sebagai pemilik projek telah membuat laporan polis dan mengambil langkah pencegahan tambahan termasuk meningkatkan pemantauan keselamatan khusus bagi melindungi aset ECRL di lapangan.
Beliau turut berhasrat dengan Ketua Polis Negeri di negeri-negeri terlibat bagi mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha menangani kes kecurian pada masa akan datang.
“Kami juga amat mengharapkan kerjasama semua pihak terutamanya komuniti setempat untuk membendung jenayah ini seterusnya memastikan kejayaan projek nasional tersebut,” katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur