2025-06-27 HaiPress

Foto Fail
ISKANDAR PUTERI,27 Jun- Johor meminta pasar raya besar dalam negeri membuat pesanan lebih awal bagi bekalan minyak masak peket,sebelum bekalan tersebut kehabisan stok.
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kelewatan proses pesanan semula akan menyebabkan kekurangan stok minyak masak peket di pasar raya,seterusnya mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
"Saya telah mengarahkan pejabat saya untuk berhubung dengan pihak Econsave,NSK,Target,Fresh Hub dan Maslee selaku penjual utama,bagi meminta mereka membuat pesanan baharu sekiranya stok terakhir telah digunakan.
Kesemua syarikat ini telah bersetuju untuk melaksanakan proses tersebut bagi memastikan bekalan minyak sentiasa mencukupi di pasar raya tanpa sebarang gangguan," kata Datuk Onn Hafiz dalam ucapannya,hari ini.
Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Program Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Selatan di Iskandar Puteri Convention Center.
Tambah beliau,pihaknya komited bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan inisiatif kementerian dilaksanakan dengan baik di negeri itu.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur