2025-06-27 HaiPress

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun
SEREMBAN,27 Jun- Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif menyediakan pelbagai bentuk bantuan pendidikan dalam usaha menbentuk insan yang seimbang seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata usaha itu selaras dengan agenda yang diketengahkan oleh Perdana Menteri menerusi Gagasan Malaysia MADANI iaitu memacu negara ke arah kemajuan fizikal yang seimbang dengan pembangunan nilai kemanusiaan dan akhlak insani dalam kalangan rakyat.
"Bantuan ini bertujuan memastikan murid dan pelajar mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira latar belakang.
Kemajuan fizikal dan rohani tidak akan dapat dicapai melainkan melalui proses pendidikan yang bukan sahaja melahirkan anak-anak dengan kelulusan akademik yang cemerlang,tetapi juga memiliki akhlak serta karakter yang unggul," kata Aminuddin dalam ucapannya,hari ini.
Beliau berucap demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM dan STPM Tahun 2024 Parlimen Port Dickson dengan Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson,di sini.
Terdahulu,media melaporkan pelbagai insentif ditawarkan dalam sektor pendidikan menerusi Belanjawan Negeri 2025 seperti Bantuan Kewangan Kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Dalam pada itu,kerajaan negeri terus komited menghargai dan mengiktiraf budaya kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik menerusi penganjuran majlis penghargaan agar dapat menjadi penggalak kepada mereka untuk terus memberi komitmen terhadap pembelajaran.
Seramai 311 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2024 Parlimen Port Dickson diraikan pada majlis itu.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah banyak membantu pelajar-pelajar SPM dan STPM,terutamanya dalam bentuk komputer,biasiswa dan sebagainya. Saya amat bersyukur kerana bantuan ini benar-benar dapat meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar," kata Nursyuhadah Atiqah Nazri.
"Saya sangat gembira menerima penghargaan ini hari ini kerana ia membolehkan saya melanjutkan pelajaran menggunakan sumbangan yang diberikan. Saya rasa amat dihargai oleh Menteri Besar dan penghargaan ini menjadi dorongan untuk saya terus belajar dengan lebih tekun," jelas Tan Yun Zhan.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar lain yang turut menerima penghargaan yang selayaknya hari ini. Sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri sangat bermakna dan benar-benar membantu,terutamanya kepada pelajar dari golongan B40 yang mempunyai hasrat untuk belajar tetapi kekurangan sumber," ujar Shalini a/p Davindran.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur