2025-07-01 IDOPRESS

GGR Motor mencipta sejarah apabila menjadi syarikat tempatan pertama yang menjalankan pemasangan sepenuhnya motosikal elektrik (EV) di Malaysia / Foto RTM
KUALA LUMPUR,29 Jun – GGR Motor mencipta sejarah apabila menjadi syarikat tempatan pertama yang menjalankan pemasangan sepenuhnya motosikal elektrik (EV) di Malaysia,dengan matlamat utama untuk menggalakkan lebih ramai usahawan bumiputera menyertai industri tersebut.
Pengarah Urusan GGR Motor,Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi berkata inisiatif itu turut lahir daripada hasrat untuk menyediakan motosikal mampu milik dan bersifat rahmah kepada masyarakat.
“Ketika ini,kebanyakan pengedar motosikal di negara ini bukan dalam kalangan kaum Melayu atau bumiputera. Disebabkan itu,kami nekad membuka kilang sendiri walaupun dengan modal yang terhad.
"Alhamdulillah,cita-cita saya waktu kecil yang tidak kesampaian kerana kekangan kewangan kini menjadi pendorong untuk menawarkan motosikal pada harga yang mampu milik,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan lima model motosikal elektrik terbaharu keluaran GGR Motor di ibu negara.
Musaddiq turut menyambut baik insentif rebat pembelian motosikal elektrik sehingga RM2,400 yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2025.
“Saya berharap kerajaan dapat melanjutkan tempoh rebat tersebut kerana mempromosikan penggunaan motosikal elektrik bukan sesuatu yang mudah. Insentif ini banyak membantu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap EV,” ujarnya.
Untuk rekod,kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang menawarkan rebat sehingga RM2,400 kepada individu berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.
Mengulas lanjut,Musaddiq berkata pihaknya akan terus menjalinkan kerjasama strategik dengan pemain industri bagi memperkukuh ekosistem kenderaan elektrik negara,khususnya dalam aspek pemasangan bateri dan kemudahan pengecasan.
“Kami percaya dengan sokongan menyeluruh,termasuk daripada kerajaan dan pihak swasta,industri EV di Malaysia akan terus berkembang dan memberi manfaat jangka panjang kepada pengguna dan negara,” katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur