2025-07-08 HaiPress

Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid ditemui wartawan RTM selepas selepas menjadi tetamu rancangan Biz Malaysia
KUALA LUMPUR,8 Julai- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dijangka memberi tumpuan besar kepada pemerkasaan teknologi dan pembangunan modal insan,terutamanya melalui kecerdasan buatan (AI),pendidikan berasaskan STEM (Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik),serta keusahawanan digital.
Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid,tumpuan terhadap bidang teknologi dan pendidikan adalah strategi penting dalam memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam landskap ekonomi global yang semakin mencabar.
“AI kini digunakan dalam pelbagai bidang,dan ini memerlukan kita memberi perhatian terhadap penyediaan infrastruktur seperti pusat data yang memerlukan bekalan elektrik dan air yang stabil. Dalam masa sama,sistem pendidikan perlu diperkukuh agar pelajar lebih tertarik untuk mendalami bidang STEM,” katanya selepas temu bual bersama Biz Malaysia.
Beliau turut menegaskan,sebarang peruntukan perbelanjaan pembangunan dalam RMK13 perlu dirancang secara berhemah dan mengambil kira kedudukan fiskal semasa negara.
Kerajaan dijangka terus mengekalkan disiplin dalam pengurusan kewangan bagi memastikan paras hutang negara kekal stabil bagi program pembangunan negara untuk jangka panjang.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur