2025-07-08 IDOPRESS

Foto fail
MELAKA,8 Julai -Melaka akan memperkenalkan pelancongan udara bermula September depan.
Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,ia merupakan cadangan International Aero Training Academy (IATAC).
"Pihak IATAC menawarkan pakej penerbangan Joyride selama 40 minit menggunakan pesawat. Pakej ini disediakan khas untuk para pelancong dan pengunjung yang datang ke Melaka bagi menikmati keindahan pemandangan dari udara."
"Sebanyak lapan penerbangan akan dijalankan setiap hari dengan kadar harga berpatutan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran & Hari Terbuka Program Sarjana Muda Penerbangan Two U One i,di Batu Berendam.
Dalam pada itu,Program Sarjana Muda Penerbangan Two U One i melibatkan kerjasama IATAC dan Universiti Pertahanan Nasional,UPNM berkenaan menggabungkan dua tahun pengajian akademik dan satu tahun latihan profesional di industri.
Ia membolehkan pelajar memperoleh Ijazah Sarjana Muda Penerbangan bersama Lesen Komersial Juruterbang (CPL),Penilaian Instrumen (IR) dan Lesen Juruterbang Pengangkutan Syarikat Penerbang (ATPL) sebaik tamat pengajian.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur