2025-07-10 HaiPress
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor merasmikan AFFIN Cawangan Inanam di Plaza Kolombong
KOTA KINABALU,10 Julai -Kerajaan Negeri Sabah komited membangunkan ekonomi negeri yang moden,berdaya saing dan inklusif menerusi pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata,pelan hala tuju SMJ dirangka sebagai kerangka utama kepada pelbagai pelan pembangunan sektor dengan fokus kepada kesejahteraan seluruh rakyat Sabah,termasuk di bandar dan luar bandar.
"Komitmen kita terhadap masa depan Sabah amat jelas dalam pelan ini,yang berlandaskan tiga teras utama – pertama,pertanian,perindustrian dan pelancongan; kedua,pelaburan dalam modal insan; dan ketiga,mempertingkatkan hubungan denganpendekatan hijau," katanya semasa merasmikan AFFIN Cawangan Inanam di Plaza Kolombong.
Katanya,pembangunan ekonomi Sabah bukan sekadar berkisar pada angka pertumbuhan,tetapi berteraskan matlamat untuk membina masa depan bersama yang inklusif dan mampan.
"Kita bukan sekadar membina sebuah ekonomi,tetapi sedang membina masa depan bersama,di mana manfaat kemajuan dapat dirasai di setiap daerah,termasuk di Inanam.
"Namun,masih ramai perniagaan ini berdepan pelbagai cabaran sebenar: akses kredit yang terhad,kurang kesiapsiagaan digital,dan kesukaran menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berubah," katanya.
Menurut Datuk Seri Hajiji,institusi kewangan seperti AFFIN berperanan penting dalam merapatkan jurang ini melalui pembiayaan bersasar kepada sektor strategik seperti pertanian dan eko-pelancongan,pembiayaan khusus kepada usahawan wanita serta program literasi kewangan untuk golongan belia.
Pada majlis sama,Datuk Seri Hajiji turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kumpulan AFFIN atas kejayaannya memenangi Fortune Southeast Asia 500 untuk tahun kedua berturut-turut serta pencapaian dalam pasaran bon USD yang mencatatkan lebihan langganan sebanyak 3.5 kali.
“AFFIN menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini,menandakan lima dekad pertumbuhan,ketahanan dan sumbangan kepada landskap kewangan negara.
“Pilihan untuk memperkukuh kehadirannya di Sabah sempena ulang tahun emas ini amat bertepatan dan penuh makna. Tahniah atas pencapaian penting ini,” katanya.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur