2025-07-10 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,9 Julai –Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus,selaras dengan usaha kerajaan MADANI memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan meskipun berdepan cabaran global.
BNM dalam satu kenyataan memaklumkan,kadar tertinggi dan terendah koridor OPR masing-masing dikurangkan kepada 3 peratus dan 2.5 peratus.
"Penunjuk terkini menandakan pertumbuhan global yang berterusan,disokong perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan dan sedikit sebanyak menerusi aktiviti yang dilakukan lebih awal (front-loading).
"Prospek pertumbuhan global dijangka terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif,dasar monetari yang kurang ketat dan rangsangan fiskal.
"Prospek ini dipengaruhi ketidakpastian berhubung dengan perkembangan tarif serta ketegangan geopolitik. Ketidakpastian ini juga boleh menyebabkan volatiliti yang lebih ketara dalam pasaran kewangan global dan harga komoditi," menurut kenyataan itu.
Langkah itu dilaksanakan sebagai tindakan awal bagi mengekalkan kestabilan ekonomi dan melindungi kesejahteraan rakyat,di samping mengekang tekanan inflasi yang dijangka kekal sederhana.
BNM turut optimis pertumbuhan ekonomi negara akan terus disokong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan,peningkatan pendapatan isi rumah serta projek pelaburan sektor swasta dan awam. Inisiatif di bawah pelan induk nasional yang digerakkan kerajaan juga dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan.
Namun,bank pusat turut memberi peringatan bahawa ketidaktentuan global termasuk perkembangan tarif dan geopolitik masih boleh memberi kesan kepada prestasi keseluruhan.
Pengurangan OPR itu selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,dalam memastikan dasar fiskal dan monetari saling melengkapi untuk rakyat.
Kali terakhir BNM mengekalkan OPR pada 2.75 peratus adalah pada Mac 2023. Kadar dinaikkan kepada tiga peratus pada Mei 2023.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur