2025-07-14 HaiPress

Hamizah Abdullah (kiri) kini mengikuti program Diploma Kaunseling di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS),Perak
ALOR SETAR,14 Julai - Hamizah Abdullah muncul sebagai anak Orang Asli pertama daripada suku Kensiu yang berjaya menjejak kaki ke universiti.
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Maahad Dini Sultan Abdul Halim,Sik itu berasal dari Kampung Ulu Legong,Baling,Kedah dan kini mengikuti program Diploma Kaunseling di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS),Perak.
Tok Batin,Razali Kulim berkata,beliau bangga dengan kejayaan Hamizah dan berharap pencapaian itu menjadi inspirasi kepada anak-anak Kensiu yang lain untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Kejayaan Hamizah ini diharapkan dapat membangkitkan semangat anak-anak suku Kensiu untuk terus berusaha melakar kejayaan tanpa rasa rendah diri dengan latar belakang mereka sebagai Orang Asli,” katanya.
Menurutnya,Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) banyak memberi bantuan kepada anak-anak Orang Asli suku Kensiu sehingga menjadi tonggak kejayaan masyarakat di Ulu Legong.
Bantuan diterima bermula dari peringkat sekolah hingga ke pengajian tinggi,termasuk sokongan pendidikan dan bantuan moral.
Majlis meraikan Hamizah diadakan di Kampung Ulu Legong dengan kehadiran Ketua Pegawai Agihan LZNK,Suraidi Saad.
LZNK turut menaja sepenuhnya pengajian Hamizah meliputi yuran,asrama dan elaun sara hidup di USAS.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur