2025-07-14 HaiPress

ASEAN+3 perkukuh kerjasama depani cabaran serantau.
KUALA LUMPUR,13 Julai – Negara anggota ASEAN komited memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani cabaran global yang semakin mencabar.
Komitmen bersama itu disuarakan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Campur 3 (ASEAN+3) ke-26 yang dipengerusikan Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mesyuarat berprofil tinggi itu memberi tumpuan kepada isu-isu utama seperti ekonomi,keselamatan,kesihatan awam dan perubahan iklim yang memerlukan pendekatan kolektif dan bersepadu.
Pada mesyuarat sama,menteri terbabit menyambut baik perkembangan pelaksanaan Rancangan Kerja ASEAN+3 (2023-2027),terutamanya dalam sektor perdagangan,kewangan,pertanian,keselamatan makanan,perusahaan kecil dan sederhana,ekonomi digital serta keselamatan siber.
ASEAN+3 turut menyatakan tekad mempercepat pembinaan sistem ekonomi serantau yang mampan,inklusif dan tangkas melalui pengukuhan rantaian bekalan serta logistik serantau
Dalam pada itu,kejayaan Program Kerjasama Ekonomi ASEAN+3 turut dihargai,dengan memfokuskan kepentingan kelancaran aliran barangan dan perkhidmatan penting dalam situasi global yang tidak menentu.
Mesyuarat itu juga menggariskan komitmen jangka panjang bagi memperkasa kerjasama strategik ke arah menjadikan Asia Timur sebagai rantau lebih makmur,berdaya tahan dan berpaksikan rakyat menjelang 2045.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur