2025-07-14 HaiPress

Foto REUTERS
KUALA LUMPUR,14 Julai - Semua aktiviti eksport,pemindahan dan transit cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi dari Amerika Syarikat kini tertakluk kepada Permit Perdagangan Strategik,berkuat kuasa serta-merta.
Menurut kenyataan Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),langkah terbaharu ini dilaksanakan di bawah Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010) melalui peruntukan Kawalan Keseluruhan.
“Peruntukan ini mewajibkan pemakluman kepada pihak berkuasa dalam tempoh 30 hari sebelum penghantaran barangan yang tidak tersenarai dalam Senarai Barangan Strategik (SIL),sekiranya wujud syak wasangka munasabah bahawa barangan tersebut berpotensi disalahgunakan atau digunakan dalam aktiviti terhad,” jelas MITI.
Langkah ini juga bertujuan untuk merapatkan jurang kawal selia sementara kajian lanjut dijalankan terhadap kemasukan cip AI berprestasi tinggi dari AS ke dalam SIL di bawah STA 2010.
MITI menegaskan bahawa Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap sebarang percubaan untuk memintas kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.
“Mana-mana individu atau syarikat yang melanggar STA 2010 atau mana-mana undang-undang berkaitan akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas,” tambah kenyataan itu.
MITI turut menyatakan komitmennya untuk mengekalkan persekitaran perdagangan yang selamat,telus dan berasaskan peraturan,serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang penyalahgunaan bidang kuasa untuk tujuan perdagangan haram.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur