2025-07-14 IDOPRESS

Anthony (kiri),bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana,Mohd Azharuddin Mat Sah (dua,kiri) pada program pengenalan Bas Diesel Baharu Rapid KL dan Rapid Penang. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,14 Julai - Sebanyak 310 buah bas diesel baharu mula beroperasi secara berperingkat hari ini sebagai langkah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara,khususnya di Lembah Klang dan Pulau Pinang.
Kesemua bas berkenaan merupakan kumpulan akhir di bawah program penggantian bas lama dan sebahagian daripada pelan strategik jangka panjang Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam memperbaharui aset sedia ada.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata,pelaksanaan inisiatif itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap,selamat dan memenuhi keperluan semasa rakyat.
“Saya yakin mutu perkhidmatan pengangkutan awam akan terus meningkat melalui penambahan aset baharu ini.
"Ia juga memberi keselesaan dan akses lebih baik kepada pengguna,seiring matlamat memperkasa sistem pengangkutan negara,” katanya semasa majlis penyerahan bas tersebut di ibu negara hari ini.
Bas diesel baharu sepanjang 12 meter itu mampu membawa sehingga 60 penumpang dan dilengkapi piawaian pelepasan Euro 5 yang lebih mesra alam dengan pengurangan pelepasan nitrogen oksida.
Sebagai tambahan,Rapid Bus merancang memperkenalkan bas bersaiz 8.9 meter pada suku ketiga 2025,khusus untuk laluan di kawasan padat dan kediaman sempit yang sebelum ini sukar dilalui bas bersaiz besar.
Rapid Bus turut komited memperkenalkan penggunaan bas elektrik bermula 2026,seiring pembangunan infrastruktur pengecasan serta latihan teknikal dan penyelenggaraan bagi menyokong peralihan ke arah sistem pengangkutan lebih lestari.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur