2025-07-15 IDOPRESS

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Julai - Perolehan kapal pesisir pantai (LMS) Batch 3 dan kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) dari Itali,akan dimuktamadkan selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang dijadual berlangsung pada 31 Julai 2025.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata menerusi RMK13 itu,ia bakal memperlihatkan persetujuan kerajaan dalam perolehan aset-aset pertahanan negara selari dengan agenda pemodenan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kena tunggu 31 Julai ini,apa yang kerajaan bersetuju,yang dah kita mohon dan perlu kerajaan bersetuju dan aset-aset yang amat penting dalam proses kita bina angkatan masa depan yang selari dengan pemodenan ATM kita," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Peluncuran Lima Inisiatif Pendidikan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai minat Malaysia untuk membeli aset pertahanan dari Itali yang dinyatakan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan beliau ke negara tersebut pada awal bulan ini.
"Dalam lawatan Perdana Menteri ke Itali dan Perancis,yang dibincangkan adalah soal negara-negara itu menawarkan jika Malaysia melakukan apa-apa perolehan jika kebetulan perolehan melibatkan aset yang negara tersebut keluarkan,mereka sedia memberi kredit.
"Ini bermakna mereka bersedia untuk kemudahan kewangan supaya soal kekangan kewangan tidak mengehadkan kita melakukan pemodenan dan perolehan aset-aset tentera," jelas beliau lagi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur