2025-07-16 HaiPress

Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara,pagi tadi / Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
PUTRAJAYA,15 Julai - Majlis Raja-Raja dijangka membuat pengumuman penting berhubung institusi kehakiman negara esok.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,ia bagi menjernihkan persepsi berkaitan pelantikan jawatan utama badan kehakiman.
“Pagi ini saya telah mengadakan perbincangan panjang dengan Majlis Raja-Raja. Saya fikir biarlah mereka membuat keputusan.
Insya-Allah,esok akan ada pengumuman yang diharapkan dapat menepis persepsi negatif,” katanya.
Datuk Seri Anwar menegaskan,kerajaan tidak pernah mencampuri urusan kehakiman dan proses pelantikan kekal tertakluk kepada perlembagaan serta kuasa Majlis Raja-Raja.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Persidangan Antarabangsa Malaysia Mengenai Tadbir Urus dan Integriti (MICGI) 2025,di sini.
Perdana Menteri turut menekankan usaha memerangi rasuah kekal teras utama pentadbiran Kerajaan MADANI.
“Usaha memerangi rasuah bukan sekadar tuntutan moral,tetapi pemacu pembangunan ekonomi yang kukuh,inklusif dan mampan,” katanya.
Kerajaan juga sedang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 serta merangka Akta Kebebasan Maklumat untuk dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.
Malaysia kini memegang jawatan Presiden Persidangan Antarabangsa Akademi Antirasuah (IACA) bagi sesi ke-13.
Ia menandakan komitmen negara memperkukuh peranan di peringkat global dalam usaha memerangi rasuah.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur