2025-07-16 HaiPress

Operasi pemadaman kebakaran kilang perkakasan besi di Taman Perusahaan Ringan Juru,Simpang Ampat di sektor C dan D masih dilakukan
BUKIT MERTAJAM,15 Julai - Operasi pemadaman kebakaran kilang perkakasan besi di Taman Perusahaan Ringan Juru,Simpang Ampat masih dilakukan dan belum dapat dikawal sepenuhnya.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang,John Sagun Francis dalam satu kenyataan memaklumkan,kebakaran di sektor A dan B dapat dikawal pihaknya pada pukul 6.28 petang tadi.
Sementara itu operasi pemadaman masih dilakukan di sektor C dan D menggunakan teknik ‘fire break’ iaitu penyekat kebakaran daripada merebak ke premis bersebelahan.
Operasi pemadaman itu dianggotai 43 anggota bomba dan penyelia pasukandari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dibantu BBP Bandar Perda,Sungai Bakap,Lebuh Pantai,Bertam dan Jalan Perak dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Operasi pemadaman turut melibatkan 23 Persatuan Bomba Sukarela (PBS) terdekat; antaranya PBS Juru,New Ferry,Sungai Puyu dan Lunas.
"Kerja-kerja pengawalan dan pemadaman dibahagikan kepada empat sektor iaitu A,B,C dan D," menurut kenyataan itu.
Setakat ini,tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran pada pukul 3.18 petang itu.
Terdahulu,jentera pertama dari BBP Perai tiba di lokasi kejadian 16 minit selepas menerima panggilan tersebut,kira-kira pukul 3.34 petang.
Kilang berkeluasan 30,000 kaki persegi itu dilaporkan musnah kira-kira 60 peratus.
Berita berkaitan:
Kilang perkakasan besi terbakar,60 peratus musnah
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur