2025-07-16 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,16 Julai - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM12.36 bilion dalam pasaran konvensional dan RM31.47 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,Bank Negara Malaysia (BNM) akan melaksanakan satu tender repo berbalik hari ini merangkumi RM3.2 bilion untuk tempoh tujuh hari dan satu tender repo berbalik semalaman sebanyak RM8.0 bilion untuk tempoh sehari.
Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM dijadual melaksanakan sehingga RM23.6 bilion melalui tender semalaman konvensional dan tender lelongan semalaman Murabahah sehingga RM31.5 bilion. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur