2025-07-17 HaiPress

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Nasaruddin Abdul Mutallib
KUALA LUMPUR,16 Julai -Radio Televisyen Malaysia (RTM) dipilih sebagai rakan penyiar rasmi bagi program realiti antarabangsa Asian Pop Stars 2025.
Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Nasaruddin Abdul Mutallib berkata,pemilihan itu merupakan satu peluang besar untuk menyiarkan program bertaraf antarabangsa yang mampu menarik minat penonton tempatan dan luar negara.
Katanya,dengan pelantikan itu juga RTM terus melangkah ke hadapan dalam memperkasa kandungan hiburan berkualiti.
"Satu rancangan bertaraf antarabangsa dan dapat menarik peluang kita untuk menarik peminat-peminat untuk menonton rancangan ini melalui RTM Klik,terutamanya kepada peminat dan penyokong peserta-peserta itu sendiri daripada luar negara. Dengan ini kita dapat menarik penonton-penonton dari luar negara untuk mengikuti rancangan ini melalui RTM Klik," kataya kepada pemberita.
Asian Pop Stars 2025 dijangka membuka lembaran baharu dalam dunia penyiaran hiburan Asia dan bakal mula bersiaran di RTM pada setiap Sabtu malam bermula 29 November ini,selama lima minggu berturut-turut.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur