2025-07-17 HaiPress

H4G pada sidang media penganjuran Himpunan Perdana Negara: Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza pada 9 Ogos nanti.
KUALA LUMPUR,16 Julai - Gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan menerusi inisiatif Humanity for Gaza (H4G) akan menganjurkan Himpunan Perdana Negara: Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza,9 Ogos ini.
Program berkenaan dijadual diadakan di Dataran Merdeka dan seluruh ibu negeri secara serentak.
Pengarah H4G,Datuk Mohd Apandi Mohamad berkata,himpunan itu menyasarkan penyertaan sejuta rakyat Malaysia dalam usaha memperkukuh solidariti serta bantuan berterusan kepada Gaza.
Beliau berkata,lima inisiatif utama digaris sebagai kunci memperkukuh usaha bantuan dan solidariti terhadap wilayah bergolak itu.
"Pertama,penyelarasan dan kerjasama antara NGO serta agensi-agensi kerajaan perlu diperkukuh.
"Kedua,pengumpulan sumber perlu diperluas lebih ramai yang terlibat,lebih banyak dana dapat dikumpulkan untuk membantu Gaza dan ketiga,advokasi serta kesedaran awam perlu ditingkatkan,khususnya dalam kalangan masyarakat Malaysia yang kini dilihat semakin berkurangan minat terhadap isu ini," katanya pada sidang media di sini.
Menurutnya,inisiatif keempat melibatkan keperluan penghantaran bantuan secara strategik dan tersusun.
"Kelima,sokongan jangka panjang melalui pendidikan serta solidariti yang konsisten dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap isu Gaza amat penting untuk diteruskan," katanya.
Beliau berharap,himpunan tersebut dapat menyemarakkan kembali semangat solidariti dalam kalangan rakyat untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur