2025-07-17 IDOPRESS

Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid
GEORGE TOWN,16 Julai - Proses permohonan tauliah bagi tujuan mengadakan ceramah atau kuliah di masjid dan surau di Pulau Pinang tertakluk sepenuhnya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Timbalan Ketua Menteri I,Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata,proses tauliah di negeri itu antara yang mudah dan tidak perlu timbul isu pentauliahan.
Sebaliknya,penceramah perlu akur peraturan bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.
"Proses permohonan tauliah ini dikeluarkan majlis agama Islam,dari segi penguatkuasaan adalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Bagi mereka yang tidak mempunyai tauliah untuk mengadakan kuliah ataupun ceramah di masjid ataupun surau perlu memohon kebenaran khas.
"Ia melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan mengisi borang dan perlu diluluskan Pengarah Jabatan Agama Islam bukan Timbalan Ketua Menteri (TKM),TKM tiada kuasa berhubung perkara itu," katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Inklusif Jom Sekolah Peringkat Pulau Pinang di sebuah pasar raya di Air Itam.
Sebelum ini,media melaporkan program wacana ilmu bersama penceramah bebas,Dr Wan Ji Wan Hussin,yang dijadualkan berlangsung di Masjid Sembilang,Seberang Jaya pada malam Ahad,didakwa dibatalkan pada saat akhir kerana isu tauliah.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur