2025-07-17 IDOPRESS

Foto Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail
PUTRAJAYA,16 Julai -Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersetuju terhadap Panduan Perancangan dan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (PPP KSAS) yang dikemukakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
KPKT dalam kenyataan memaklumkan,panduan itu bertujuan menyeragamkan takrifan,klasifikasi dan tahap KSAS bagi memastikan pemakaian yang seragam di semua peringkat iaitu Persekutuan,negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kenyataan itu menyebut,PPP KSAS akan menjadi rujukan utama pihak berkuasa negeri,PBT,PLANMalaysia negeri,Jabatan Alam Sekitar negeri serta agensi pelaksana lain dalam merancang dan mengurus pembangunan di kawasan KSAS.
Menurut KPKT,mesyuarat turut mengambil maklum hasrat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk memperluaskan liputan Kawasan Perlindungan Marin (MPA) bagi mencapai sasaran 10 peratus kawasan MPA dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ),selaras dengan komitmen negara di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
“Langkah ini penting untuk menyokong Rangka Strategi Ekonomi Biru Negara dan melengkapi pelaksanaan Perancangan Spatial Marin (MSP) yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat MPFN ke-46 sebelum ini,” menurut kenyataan itu.
KPKT menegaskan,kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat diperlukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan sasaran itu,memandangkan ia melibatkan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah akta,enakmen dan ordinan sedia ada.
Mesyuarat MPFN kali ke-48 hari ini mempertimbangkan lima kertas kerja merangkumi empat kertas persetujuan dan satu kertas makluman.
Kes penyalahgunaan dadah sintetik meningkat lebih 70%
Sekolah Angkat MADANI perkasa infrastruktur SMK Layang-Layang
Fadhlina dikurnia gelaran Datuk Seri, Ziana Zain bergelar Datuk
Impian, keberanian, ilmu teras Wira Muda PLKN – Johari Abdul
200 alumni PLKN 3.0 sertai perbarisan Hari Kebangsaan 2026
Fahmi ucap tahniah kepada Ashwad dikurnia gelaran Datuk
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur