UPSI teroka kerjasama penubuhan hospital pakar swasta

2026-08-05 HaiPress

Foto UPSI

TANJONG MALIM,5 Ogos – Bagi memperkukuh kemudahan kesihatan,Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sedang meneroka potensi penubuhan sebuah hospital pakar swasta di Tanjong Malim,sebagai usaha menyokong pembangunan ekosistem bandar ilmu itu pada masa hadapan.

RINGKASAN BERITA AI

“Kita sedang melihat bagaimana model perniagaannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Syarahan Budiman dan Sesi Clock Out Dekan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM),Prof Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim,di Auditorium Utama,Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,di sini.

Selain pembangunan kemudahan kesihatan,Prof. Datuk Dr. Md Amin turut memaklumkan,mengenai hasrat jangka panjang kemudahan persaraan di Tanjong Malim bertujuan membolehkan warga universiti yang telah bersara untuk terus kekal berhubung dengan kampus.

Inisiatif berkenaan termasuk cadangan pembangunan resort persaraan sebagai salah satu usaha mewujudkan komuniti pesara UPSI di kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan lain,Prof. Datuk Dr. Md Amin turut menzahirkan penghargaan kepada Prof Abdul Talib Mohamed Hashim atas sumbangan besar beliau sepanjang lebih 20 tahun berkhidmat di UPSI.

Katanya,Prof Abdul Talib antara pemimpin yang mempunyai pendekatan diplomasi tinggi serta sentiasa bersedia membantu universiti dalam menjayakan pelbagai amanah.

“Jasa dan pengorbanan Abdul Talib akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah pembangunan UPSI,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur